Kering Idea..

|


Apa punya bahalol la sekarang ni..samada dah tak ada idea untuk memaparkan program yang menjana minda mahupun sekadar strategi pemasaran bagi melonjakkan ranking..bagi aku apapun jawapannya tetap tak boleh nak diterima oleh akal aku yang agak kekampungan ni..

Walaupun apa saja la orang kata seksi itu subjektif, tapi tak payah la nak bohong..dalam kepala hotak seorang lelaki yang normal ni kalau sebut seksi kompem la yang bersifat menaikkan syahwat..sapa la yang bagus sangat nak cakap seksi tu kat lubang hidung..

Hampeh...

Selamat Menyambut Hari Polis..

|


Kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia diucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 204.. semoga sentiasa menjadikan keutamaan tugas melebihi dari tuntutan peribadi..
Laman web rasmi PDRM..

Ke Jelobak Ke Jelobu

|


Semalam merupakan hari yang amat memenatkan..seharian bekerja di pejabat satu hal, time nak balik ada pulak masalah yang lain..setiap hari ni lah jalan yang aku lalui sejauh 35km, pergi balik dah jadi 70km..tapi sampai je satu kawasan tu habis semua kereta stuck..sepanjang hampir 4km...hahaha, padan muka aku..tahulah aku bahawa satu kemalangan telah berlaku..nak pulak asyik hujan je sekarang..


Makluman dari rakan di pejabat keselamatan bagitau ada lori bawak getah sekerap terbalik melintang di tengah jalan..maka, laluan ke Seremban adalah terputus sementara..dijangka akan dapat diselesaikan dalam pukul 8-9 malam..hampehnya..

Nak tak nak terpaksa patah balik ke Klawang..lopeh tu kono jugak aku ke Jempol..tu je pilihan yang ada..satu perjalanan yang amat jauh nak balik rumah..berpusing tu yop..!!siap lalu jalan pintas yang amat mengerikan kalau melintasinya ditengah malam..jangan pandang belakang!!!hahaha...ini merupakan kali pertama aku lalu ikut Kampung Geylang terus tembus di Kampung Jelutung, Batu Kikir..


Kalau la selalu kemalangan memang hampeh aku jadinya..aku kira hampir 95km perjalanan yang aku tempuhi semalam..huiyoo..!!best giler..boleh konvoi ramai-ramai lagi macam semalam..kepada Tuan KPPD Jelebu Raja Norazli : tq sebab belanja kuey teow kat Pilah..!!

~ bila agaknya nak buat jalan pintas terus ke Kuala Pilah ni???

Berhati-hati..

|



Penat..

|

Sepanjang bulan Februari lalu aku kepenatan..macam-macam perkara nak dilaksanakan sempena masuknya tahun baru..Maulidur Rasul peringkat daerah dan negeri..lepas tu Majlis Tilawah al Quran lagi..huhuhu..memang penat tetapi terasa amat berbaloi andai tiada kecacatan yang disengajakan berlaku..

Namun, tak semua perkara berlaku seperti yang kita rancangkan..ada kalanya berlaku juga kesilapan dan kelemahan dimana-mana..cuma yang amat memedihkan ialah dek kerana kelalaian dan seakan-akan disengajakan..tak ke hampeh namanya..amat mudah menuding jari kepada orang lain bila musibah menimpa..amat payah nak mencari orang yang sanggup dan boleh memikul bebanan kesilapan yang berlaku..mana aku nak letak muka pun tak tau..

Selesai satu bab..datang pulak hal lain..aku cukup tak paham dengan jenis manusia yang sentiasa memikirkan keuntungan sendiri sahaja..semua benda nak free..semua hal nak subsidi..setiap perkara yang kita hendak laksanakan tentu ada peraturan dan dasarnya yang tertentu..belas ihsan dan budi bicara adalah bergantung kepada keadilan semua pihak..malangnya tak semua orang berfikir menggunakan otak..banyak yang lebih menggunakan kepala lutut..maka perlaksanaan program juga akan terjejas dek melayan seekor nyamuk yang bangang..

Apa la yang aku marah sangat ni..?? mungkin sebab cabut gigi agaknya.. hahahaha...

ni bukan gigi aku..