HALAL KE..??

|

"Halal ke?" - itu yang biasa kita dengar pertanyaan kalau diajak untuk makan di premis yang agak meragukan terutama bila melibatkan premis yang beridentitikan negara luar atau menjual makanan bangsa asing selain melayu.. tak pernah pulak aku dengar persoalan itu kalau dibawa ke premis yang nama atau tokehnya Melayu.. nak pulak pasar malam..

Tingginya kepekaan rakyat Malaysia kepada soal halal haram pemakanan mereka semakin meningkat hingga kadang-kadang bapak-bapak menteri terpaksa bercakap di Parlimen berkaitan isu tersebut..alhamdulillah..darah daging yang tumbuh pada diri kita dapat dijaga dengan baik bagi menjaga amanah yang telah dikurniakan oleh Allah sebelum kita kembali menemuinya..aku bukan nak ulas tentang bab dalil atau nas tentang halal ni tapi berkaitan sikap kita selama ini..

Namun disebalik kepekaan itu aku agak kurang selesa kerana peniaga Melayu Islam kita pula kurang peka dengan persijilan ini dek kerana mereka itu Melayu dan berada dalam zon selesa..belum pernah dipersoalkan soal halal terhadap barangan yang dijual mereka..aku yakin kalau ditanya bakal mengundang padah kepada mulut penyoal..silap gaya kena cili..orang kita pun kalau beli di kedai melayu jarang nak tanya dimana bahan masakan tersebut dibeli..siapa pembekalnya..kita sibuk marahkan 786 kedai maju ni (ye la - azeez maju, shareep maju, budeen maju dan segala-galanya maju) kerana sebenarnya kita iri hati ramainya pelanggan di kedai mereka..pertikaikan soal halalnya kuah kari kedai mereka..apa nak kecoh, diaorang kan Islam..dah tu yang korang ni halal sangat ke..???taugeh beli kat cina, ntah kena kencing anjing ke apa ke..

Bagi aku kalau nak sibuk soal kopitiam halal ke tidak, kita juga perlu sibuk kepada peniaga mee goreng kedai melayu ni..mee kuning beli kat mana..siapa pembuatnya..taufu beli dengan siapa..siapa pembuatnya.. halalnya sesuatu makanan bukan kerana penjualnya beragama Islam tetapi melibatkan bahan-bahan serta cara mendapatkan bekalan tersebut..memang betul kita tak perlu menyiasat sampai ke akar umbi tapi kalau nak sibuk pasal kopi,teh,roti bakar kat kopitiam kita juga perlu sibuk tentang kicap kat kedai seafood peniaga selatan Thai ni..

Atau nanti kerajaan perlu mewajibkan setiap premis makanan perlu mendapatkan sijil halal..mau mengamok peniaga melayu ni..menyusahkan rakyat la, mengkayakan kroni menteri la..macam-macam lagi la yang akan dicakapkan tapi diri sendiri yang bermasalah tak nak tengok..masyarakat Melayu kita ni tak dapat menerima kalau isu agama dikomersilkan..semua nak lillahi Taala.. maskawin naik - marah.. fee borang nikah naik - marah.. upah gali kubur naik - marah.. upah menyiapkan jenazah naik - marah.. penceramah demand harga - marah.. nak murah buat sendiri la..!! kalau untuk pak imam baca tahlil kat rumah bagi RM10 pun kemain la susah tapi kalau selain itu berbelanja mahal pun tak pe.. berkualiti la,barang oversea la, branded la..

Aku rasa kalau peniaga Melayu Islam pasar malam dapat ambil lesen halal ni lagi baik..dan dapat memberikan imej yang amat-amatlah menguntungkan kerajaan yang tengah sibuk mempromosikan Malaysia sebagai hub halal..nak jual produk halal, barangan halal tapi premis kat dalam negara banyak yang tak halal..jangan la sibuk sangat kafe hotel,starbucks,kopitiam ni halal ke tak..tengok diri sendiri sebelum menuding kepada orang lain..masak dan makan kat rumah sendiri je la..

ahh..lantak la korang...!!!adios...

6 comments:

echah_syed said...

skrg ni bisnes punya pasal semua pun halal... :(

jom combi bela ayam..bila time nak sembelih combi anto kat ko sbb kat rumah ni semua penakut giler bab darah bagai :p

kita buat sistem bater gitu :D

JiMi said...

boleh..hantar je la brp2 ekor pun..

gbone said...

heheheh....aku setuju sangat entry ko nih...

sebenarnya dalam banyak2 bangsa,bangsa Melayu la paling susah nak dibetulkan...tapi masih claim dan anggap melayu jerlaa yg terbaik!!cheh...nk termuntah

JiMi said...

betul bro..bkn nak meludah ke langit tapi dek sayangkan bangsa kena cakap jgk hal ni..diperingkat jbtn pun aku dah suarakan hal ni..tapi biasalah,wahyu2 dr langit tidak merestuinya dek krn takut berkurangnya pangkah...

gbone said...

kita kalo x puas hati,bior kita ckp lepas jimi..baru wahyu2 dr langit tu sedor diri dan perbetulkan keadaan..bukan kita tak sayang bangsa kita ni,tp kalo dh bangsa sendiri yg nk hancurkan sesama sendiri,nk salah sapa kan?

smlm aku pi buat cincin..aku mmg slalu buat kat mamat kelantan tu(adikbradik)..sian mamat tu..dia kata,adikbradik pon gantung buat cincin dah beribu utang tak bayor..ramai plak tu amik kesempatan.sekor tu siap buat utk kawin,siap dh nak beranak satu dah bini dia...tak bayor2..sian aku tgok dia..anak2 nk sara jugak..tu bukan adikbradik..tp pundek..

JiMi said...

setakat nak hancurkan bangsa sendiri aku mmg marah tapi kalau dan norma-norma Islam pun dah tidak dihormati lagi aku marah..
persatuan salam salaman mcm tu lah ragamnya..ini jam aku dah tak reti nak berbudi bahasa lagi dgn manusia yg tak ada adab dan maruah..kesopanan dan kesusilaan ada tempat dan ketikanya..